Cinta sejati akan sentiasa diuji untuk dilihat sehebat mana cintanya itu. Cinta sejati juga memerlukan pengorbanan untuk membuktikan keikhlasannya dalam bercinta. Kisah cinta sesama manusia memang sentiasa hebat diperkatakan, namun ianya hanyalah sementara di persinggahan negeri yang bergelar 'dunia'. Kisah cinta seorang hamba kepada Khaliqnya banyak dipaparkan di dalam al-Quran dan sirah Rasulullah s.a.w. serta paparan kisah umat-umat terdahulu. Kisah cinta dan pengorbanan yang sejati boleh kita susuri dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. yang telah dipaparkan di dalam al-Qur’an al-Kareem. Setelah beliau mengenal dan mengetahui siapa Tuhannya yang hakiki, beliau pun terus jatuh cinta kepadaNya. Kemudian Tuhannya pun berkenan Menyambut cintanya itu dan Menjadikannya sebagai kekasihNya (Khalilullah).“Dan Allah mengambil Ibrahim sebagai kekasihNya” (QS:4;125).
Oleh karena Nabi Ibrahim a.s. begitu memahami pengertian cinta sejati dan tuntutan ke arahnya, maka beliau sanggup berkorban untuk Yang dicintainya karena memang cinta menuntut kepada pengorbanan. Di atas Ketentuan Kekasihnya, Ibrahim as diminta untuk mengorbankan satu-satunya putera kesayangan beliau iaitu Ismail a.s. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya menunggu kehadiran cahaya hati, namun di atas Iradah Kekasih hati beliau rela melepaskan puteranya itu untuk menjadi korban.