Sunday, November 28, 2010

Siapa anda?

RENUNGKANLAH
------------

Siapakah anda di sisiNya????
Tepuk dada, tanyalah IMAN...



Siapakah orang yang sombong
Orang  yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud
pada  yang  menjadikan  kehidupan  itu  iaitu  Allah  Rabbul Alaamin, Tuhan
sekelian  alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada
TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya
Orang  yg  telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat2
Qur'an,  Hadith  dan  cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di
dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya
Orang  yg  dunggu  kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat
tapi  menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu
dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yg kuat
Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam
kemarahan.

Siapakah orang yg lemah
Orang  yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya
tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca
selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta
Orang  yg  buta  adalah  orang  yg  tidak  mahu  membaca  dan meneliti akan
kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli
Orang  yg  tuli  adalah  orang  yang di beri nasihat dan pengajaran yg baik
namun tidak di endahkannya.

Siapakah orang yang sibuk
Orang  yg  sibuk  adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yg manis senyumanya
Orang  yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu
dia  kata  "Inna  lillahi  wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya
Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yg menangis airmata mutiara
Orang  yg  menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri
lalu  mengingat  akan  kebesaran  Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu
mengalir airmatanya.

Siapakah orang yg kaya
Orang  yang  kaya  adalah  orang yg bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

Siapakah orang yg miskin
Orang  yg  miskin  adalah  orang  tidak  puas dengan nikmat yg ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yg pandai
Orang  yg  pandai  adalah  orang  yang  bersiap siap untuk hari kematiannya
kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yg bodoh
Orang  yg  bodoh  adalah  orang  yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk
dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya
Orang   yang   maju  dalam  hidupnya  adalah  orang-orang  yang  senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yg mundur hidupnya
Orang  yg  mundur  dalam  hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan akan
halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu
Orang  yang  gila  itu  adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua
syarat  saja  yg  memperbolehkan  akan seorang itu meninggalkan sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yg rugi
Orang  yg  rugi  adalah  orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yg selalu ditipu
Orang  yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu
berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yg paling cantik
Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas
Orang  yg  mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal
amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi dihimpit
Orang  yg  mempunyai  rumah  yg  sempit  adalah orang yg mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yg mempunyai akal
Orang  yg  mempunyai  akal  adalah  orang-orang  yang menghuni syurga kelak
kerana  telah  mengunakan  akal  sewaktu  di  dunia untuk menghindari siksa
neraka.



No comments:

Post a Comment