Sunday, November 28, 2010

Panduan kesihatan mengikut ISLAM




Inginkan Petua2 kesihatan berlandaskan ISLAM???
sila klik tajuk kt atas tu...
smoga sihat2 slalu... =)


SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.


BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
Tinggalkan dari bercakap kosong
Sentiasa bersugi.
Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.


MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,
MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika  terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,
hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan
atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu.  Ianya tidak beracun
lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang
membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
Melihat pekara-pekara yang haram
 Melancap.
 Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
Tidak membaca Al-Quran.
Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
Mengumpat dan mengata
Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
 Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN
SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU
BERIKUT :
Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
 Selepas berjimak.
selepas makan atau sebelumnya.
Ketika sedang makan.
Selepas memakan buah-buahan.
Selepas keluar dari bilik mandi.
Ketika terjaga dari tidur.


CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH
RASULULLAH S.A.W.
 Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00   atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
Selepas masuk waktu Asar.
Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
 Merosakkan warna kulit.
Melemahkan jantung.
Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
Melemahkan kecerdasaan akal.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
 Hindarkan dari tidur lewat malam.
Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
 Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
 Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN
MEMPERCEPATKAN TUA
     Banyak melakukan jimak.
Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
 Banyak minum air di waktu pagi.
Banyak memakan atau meminum yang seba masam.


SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
Merokok yang berterusan.
Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
Kurang tidur.
Sentiasa mandi di tengah malam.
Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
Melakukan kerja secara berterusan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA
PENGLIHATAN
 Melihat kepada benda-benda kotor.
 Melihat kepada palang +/salib.
melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
Duduk dengan membelakangkan kiblat.
Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
 Banyak menangis.


No comments:

Post a Comment