Ketahuilah saudaraku 3 orang yang dikasih Allah itu adalah kerana amal ibadahnya (amal ikhlas yang lakukannya). Maka dengan sebab amal ibadahnya , jadilah Allah kasih yakni suka dengan redha ia membalas dengan baik sebagaimana yang dijanjikan ke atas orang yang berbuat baik.
3 orang yang dikasih Allah itu diterangkan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At-Tirmizi; dengan katanya :
Drpd Abdullah Bin Mas’ud berkata;
“Drpd. Rasulallah S.A.W bersabda ia 3 golongan yang dikasih akan mereka itu oleh Tuhan yang maha mulia ; pertamanya lelaki yang bangunnya ia drpd. malam membaca kitab Allah, yakni seorang yang bangun drpd. malam lalu beribadah ia, sembahyang dan baca Al-Qur’an dan berzikir dan lainnya padahalnya orang sedang tidur dan dia mengadap Allah semasa orang sedang tidur itu”.
Maka dengan sebab yang demikian itu, masuk ia ke dalam jumlah orang yang dikasihi Allah S.W.T.
Golongan yang kedua yang Allah kasih adalah golongan yang suka bersedekah. Sedekah itu mestilah bersyarat iaitu apabila tangan kanan yang memberi mestilah dirahsiakan pada tangan yang sebelah kiri. Amal yang yang dibuat bukan kerana Allah adalah tertolak di sisi Allah.
Golongan ketiga yang Allah kasih ialah golongan yang sabar dan tabah apabila menghadapi musuh; contohnya, seorang lelaki yang adalah ia di dalam tentera kecil, maka berjumpa tentera itu dengan seteru lalu berperang, lalu dimundurkannya dan dikalahkannya; maka dia seorang tidak mahu mundur, bahkan berhadapan ia dengan dadanya kepada seteru itu sehingga dibunuh akan dia atau dapat kemenangan baginya di dalam perang sabil itu
No comments:
Post a Comment